kisah semalam aku dengan tuhan.

bila dah jadi macam ni mula lah aku gelabah doa dekat tuhan macam-macam. mintak itu ini. tapi tu semua dalam hati. macam tak terluah. aku malu dengan tuhan.

dulu aku janji macam-macam dengan tuhan. aku janji aku dah mahu berhenti. aku janji mahu sedar diri. aku janji mahu mula semula. tapi itulah janji tetap janji.

cuma tadi , semua doa yang aku simpan dalam aku cerita dengan tuhan. aku doa semoga tak jadi apa yang aku gambarkan. semoga tak jadi 'pengajaran' yang tuhan takdirkan ni.

aku jugak mengaku dengan tuhan yang aku mohon untuk tak terjadi apa-apa bukan sebab aku malu dengan Dia tapi aku takut dengan manusia. aku tau aku tak malu sebab cakap camtu dengan tuhan. tapi aku tahu dia faham.

dan aku harap sangat dia pertimbangkan segala apa yang aku luah tadi. aku betul maksudkannya. kali ni. tak macam yang dulu, omong kosong.

1 comment:

Anonymous said...

Tuhan memang kawan baik, sahabat sejati untuk dengar setiapa apa kata hati kita. Percayalah, luahkan sahaja. Kalau tak dapat respond hari ni, untuk kesalahan yang lampau, mungkin jalan penyelesaiannya ada di depan. Itu memang Tuhan dah janji. Tunggu dan sabar je :)