#TipsSPM


kau tahu kau dumbass bila kau the one yang mahu berpaling due to kekecewaan yang besar but end up patah balik tunjuk muka kasihan. itu bodoh tahu? bodoh bukan pada kau berpatah semula tapi bodoh pada diri kau sendiri sebab langsung tak kuat. tak kuat buat keputusan yang terbaik.

kalau kau pernah pergi mana-mana seminar exam time sekolah dulu mesti kau ingat counselor selalu pesan "kalau kau padam jawapan pertama dan hitamkan jawapan baru tapi masih ragu, tetap dengan jawapan pertama. sebab itu kau punya first answer, first inspiration". tapi beza dekat sini cinta mana ada seminar, mana ada counselor. yang ada cuma penasihat serba tahu, penasihat buat-buat tahu dan penasihat saja amik tahu.

so, aku pesan untuk diri sendiri sekarang aku nak tak nak kena kuat. aku tahu keputusan pertama aku dah dibuat dan aku tahu diri aku memang nak yang itu. kalau tak nak camne aku sampai boleh terfikir. make sense kan?


*dan oh, tajuk takde kena mengena.

hidup cari susah, mati mesti susah.

i rather be dead. *sigh.
tapi dosa sedang diambang kemuncak.
mampu nak hadap kemurkaan tuhan?

allah.



hinanya aku ini.
iman yang senipis ini mana bisa tahan segala dugaan.
tapi aku mohon juga tuhan,
jangan kau tarik nikmat iman sekecil zarah ini.

agar aku masih menangis tatkala terlanjur menjalang.
allah.
aku mohon dengan sepenuh harap.
allah.
kabulkan permintaan hamba-Mu yang jijik ini.

nuff said.

somehow aku rasa sangat lonely *alone*

manusia jenis ini, aku nak boleh?


tipikal asian dad *kot

tempat aku ada sorang mamat cina yg kinda interesting *which is aku suka type ini*. jalan tunduk, usung bagpack berat kehulu-hilir, masuk library kalau time free, makan nasi bertimbun takde lauk kuah melimpah even dalam wallet ada 50, tak pernah cakap dengan orang kecuali budak spesis dia or classmates dia. 

dan yes, aku naaaaaaaaaaaaaaaak sangat tegur dia since my first sem *kot. tapi aku takut nak tegur, takut tak dilayan. sebab time high school dulu aku dah pernah kacau budak tipikal camni beza cuma melayu *aku sekolah SMK. mula-mula memang kerek, lama-lama bila dia nampak aku dari jauh mesti senyum dan tak sangka kami satu taman perumahan! dia senior aku setahun, dan dia blah lepas pmr ;( terus dah tak jumpa dia since that day. 

aku ini si pemusnah jiwa.

dari kecik mak selalu jugak cakap aku ni pemusnah barang. dapat aje mainan semua nak operate. tapi malangnya mak tak galakkan minat aku tu so sampai sekarang aku dah hilang minat apa.

cuma yang berbeda sekarang, aku ini pemusnah perasaan orang lain. dulu aku fikir 50-50. tapi sekarang aku yakin, aku penyebab semua ni. tahniah untuk aku dan maafkan aku buddy ;(

hyperbola daun dan itu aku.

seperti terbangnya daun kering di-tiup angin, begitu juga semangat aku untuk menemani lampiran putih kosong ini. diri aku yang sekarang kering, ringan mudah ditiup angin. pergi hilang dibawa entah ke mana. bukan niat aku untuk tinggal melupakan apa yang pernah singgah. cuma itulah. aku kering. dan ringan.

hati hancur dan stranger.

jujurnya aku kembali ke sini sebab hati aku hancur. maaf aku mengaku yang aku guna penulisan hanya sebagai medium pelepas masalah. aku truly bukan e real writer. i knew it and i don't give e damn.

hancurnya hati aku akan ditepek merata dalam ni. bukan menagih simpati tapi aku suka dapat respon dari stranger. aku tak punya teman rapat, jadi i do love stranger. dan hai stranger, aku takmau kita jadi rapat.