lost another half.

dan malam ini 16/10/2011 jam 1.42a.m menjadi saksi penamat hubungan foreva-buddy kita.

31/07/2010 menjadi permulaan cerita kita. dan malam ini semua cerita sudah disimpan kemas kejap dihujung ceruk jauh ke dasar hati. aku tahu aku salah tapi aku tak tahu kesalahan yang mana. *eh?

cubaan malam semalam berterusan hingga tadi hampa. yang berhasil cuma screen hp yang memang dah merajuk betul. dah tak mahu hidup. alaaaaa :( maaf, aku pun tak layan kau dengan baik kan? *jahat jahat jahat!

hidung tersumbat macam mana mau tidur? moga esok ada sinar gembira. aku doa itu je tak lebih. aku tak mau jadi tamak lagi kali ni. aku cuma doa esok aku gembira dan sekaligus aku lupa yang aku telah menangis *eh?!!



kita dah tak boleh, jangan cari aku lagi.
aku nak carik awek untuk aku puja jadi aku akan berhenti puja kau.
kau bukan lagi buddy aku, kau bukan sesiapa.
aku dah tak sayang kau, aku simpan kau jauh dalam hati.
aku takkan cari kau sebab ini keputusan aku.

mungkin ini takdir.

kalau betul ini jalan dari tuhan aku terima. 

kau nak ignore aku, 
                              pun aku terima.

aku hadamkan saje semua. 
                                        biar aku mati pun tak terluah. 

mungkin kau akan kata, kau yang sepatutnya mengeluh sebab pada awalan aku yang tarik keluar semula picu 'mara'. tapi kau kena tahu yang aku buat bersebab. tuhan sudah kasi kita petanda. kita tak mungkin bersama. dah kenapa aku masih mahu berkeras dan ingkar dengan arahan-Nya? 

cuma apa yang aku terkilan kan sangat, cara kau handle perasaan kau. ya, aku tau kau akan jawab yang sakitnya kau yang rasa. aku tau tu. aku jugak tau yang sedari dulu kau selalu cakap aku batu, keras. kan? tapi aku nak kau tau yang aku jugak pernah kecewa. pernah jugak diminta jadi kawan biasa selepas ditolak cinta. tapi aku turutkan. sebab aku tau, walaupun hanya kawan itu dah memadai asalkan orang yang aku sayang ada depan mata.

tak macam kau. tamak, ego. perasaan sayang kau tu dah hancurkan persahabatan kita (aku tak salahkan kau 100%). sekarang kau nak ignore aku, kau buat ketat. tapi kononnya 'eh aku biasa aja'. biasa my ass! kita kawan dah nak masuk 2tahun. aku jadi kawan kau kenal dalam luar. dah kenapa masih nak berpura? kau pun tahu kau selalu kalah dengan aku. dan sekarang aku masih boleh kawal emosi kau. kau tau kau nampak bodoh buat 'eh aku biasa aja' itu.



serius bodoh.



bulan malam ini.

tipikalnya aku mengadap laptop sedari pukul 6. tapi macam mana aku tau tentang bulan penuh di dada langit yang kosong? semua orang dalam twitter cakap pasal hal ni. dan aku terus laju keluar cari dengan mata ke atas, langit.

aku nampak. bulan penuh, cantik sangat. langit nampak kosong dengan hanya satu warna yang tenang. ada satu bintang di tepi. tapi entah kenapa aku rasa bulan jauh, mengecil bila aku menjenguk. tak pernah aku rasa rajuk yang kuat macam ni bila bersua dengan bulan terang.

aku sedih, semacam ada perasaan seperti cinta aku ditolak dahulu. rasa tu tak seronok langsung! sangat tak seronok. bikin tidur aku nanti tak aman. aku ambil keputusan drastik, tutup pintu tanpa sempat bertegur sapa dengan bulan terang seperti biasa-biasa.

tuhan, tolong jangan jauhkan keindahan ini lagi dari aku. rasa keseorangan buat aku longlai.

kisah semalam aku dengan tuhan.

bila dah jadi macam ni mula lah aku gelabah doa dekat tuhan macam-macam. mintak itu ini. tapi tu semua dalam hati. macam tak terluah. aku malu dengan tuhan.

dulu aku janji macam-macam dengan tuhan. aku janji aku dah mahu berhenti. aku janji mahu sedar diri. aku janji mahu mula semula. tapi itulah janji tetap janji.

cuma tadi , semua doa yang aku simpan dalam aku cerita dengan tuhan. aku doa semoga tak jadi apa yang aku gambarkan. semoga tak jadi 'pengajaran' yang tuhan takdirkan ni.

aku jugak mengaku dengan tuhan yang aku mohon untuk tak terjadi apa-apa bukan sebab aku malu dengan Dia tapi aku takut dengan manusia. aku tau aku tak malu sebab cakap camtu dengan tuhan. tapi aku tahu dia faham.

dan aku harap sangat dia pertimbangkan segala apa yang aku luah tadi. aku betul maksudkannya. kali ni. tak macam yang dulu, omong kosong.